HIDUP ADALAH UNTUK DIUJI (Ujian Kehidupan) By :Ustaz Nasir

 

Hidup ujian

Allah ujian dan sandaran

 

HIDUP ADALAH UNTUK DIUJI (Ujian Kehidupan)

Hidup ini adalah untuk diuji.

Ujian itu tidak akan ada hentinya.

Selagi kita masih hidup, selagi itulah kita diuji

Jadi bersyukurlah…

Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah.

Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya.

Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh.

Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya.

Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…

Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati.

Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa.

Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu.

Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.

Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia.

Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”

Ya, hakikatnya Allah sedang mengingatkan saya ketika mengingatkan orang lain.

Tabahkah hati menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini??

“(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia MENGUJI kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (Al-Mulk: ayat 2)

*Selamat menjalani “Ujian Kehidupan”
*Semoga Sukses….*

By :Ustaz Nasir

Comments are closed.