ROTI .

Roti

***** ROTI . *****

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
SubhanAllah Alhamdulillah Allahu Akbar….

“Alhamdulillah minggu lalu berpeluang bertemu dengan Syeikh Mufti Lutfi Yusuf, yang datang untuk mengerjakan Haji. Seorang Ulama Salaf lepasan Al-Azhar tahun 1980 dan menyambung pengajian Mufti (Ifta’) di Jamiah Salafiyyah Pakistan. Beliau sahabat baik dengan Syeikh Dr Musyarraf antara ifta’ Masjid Nabawi di Madinah.

Sempat mengambil beberapa teguk nasihat dari lautan ilmu Syeikh Lutfi. Saya berkongsi kepada beliau tentang satu perkara ganjil yang saya lihat di Madinah ini.

Saya beritahu beliau di Madinah ini kalau orang buang sampah, mereka akan asingkan roti di plastik yang lain dan akan gantungkan di tepi tong sampah. Hampir setahun saya tertanya-tanya kenapa mereka buat macam tu sehinggalah satu malam saya dan Ahliah (orang rumah atau isteri dalam Bahasa Arab) balik lambat sebab ada program dan lalu di sebuah tong sampah di kawasan rumah kami.

Maka kami melihat ada orang-orang kulit hitam yang miskin pergi ke tong sampah itu dan memilih roti-roti dari plastik tersebut. MasyaAllah. Barulah kami tahu yang orang Madinah asingkan roti tu untuk orang-orang miskin yang memerlukan roti. MasyaAllah betapa mulianya sifat penduduk di Madinah.
Syeikh Mufti Lutfi menjawab, “Barangkali mereka berpegang dengan satu hadis dhaif, ‘Akrimul hubz,fa innahu barokatim minassama’ yang bermaksud, muliakanlah roti kerana di sisinya ada keberkatan daripada langit’.” Sebab itu mereka tak buang roti.

Semasa saya belajar di Pakistan, orang-orang Pakistan sangat memuliakan roti sehingga roti-roti ini kalau ada terbuang di jalan raya, mereka akan kutip dan kumpul. Ada tong khas untuk roti.

Pernah kami mendapat berita seorang ulama besar hadis Pakistan bernama Almarhum Syeikhul Hadis Syafarazkhan rah.a, orang tanya macamana beliau begitu kuat mengingati hadis? Beliau beritahu, ketika beliau dan adiknya masih kecil, mereka miskin jadi Syeikh Syafarazkhan telah pergi kutip roti-roti bekas makan orang. Yang elok dia simpan untuk adiknya. Yang rosak dia makan. Asbab itu Allah telah muliakan dia jadi Syeikhul Hadis dan adiknya juga jadi Syeikhul Hadis. MasyaAllah.

Umat hari ni telah jauh dari zaman Baginda SAW sehingga tidak rasa bersalah pun membazir. Roti ke nasi ke tak habis je dibuang. Bahkan di situlah ada keberkatan sebab suka membazirlah rezeki susah. Mungkin kehidupan mewah hari ni menyebabkan kita lupa untuk bersyukur.

Roti adalah makanan sunnah kesukaan Nabi SAW Nabi SAW makan sareeq, roti bali, roti gandum. Begitu juga para sahabat r.hum dan orang-orang saleh dulu.

Seharusnya kita ajar anak-anak kita makan roti agar mereka makan bersesuaian dengan makanan kesukaan Nabi SAW Tak salah nak makan nasi. Makanlah cuma ajar juga anak makan makanan kesukaan Nabi SAW .
Amalan penduduk di Madinah asingkan roti ni bagus juga kalau dibuat di tanahair kita. Semoga Allah beri taufiq pada kita untuk tidak membazir dan memuliakan roti makanan sunnah. Allahumma amin.”

Ustaz Khann Da’i
Madinah Al-Munawwarrah

[ Al-Quran dan Hadis ]

Wa’alaikum sallam warohmatullahi wabarokatuh.
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar Walahaulawala Quwwata illabilla hil ‘aliyil ‘azhim. Allahumma sholli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad. Astaghfirullahal ‘azhim wa atubu ilaih.

Comments are closed.

%d blogger menyukai ini: