ATABATUL GHULAM adalah salah seorang dari Auliya-ullah (wali Allah) SWT

 

Taubat Arab

 

KETERANGAN:

ATABATUL GHULAM adalah salah seorang dari Auliya-ullah (wali Allah) SWT.

Pada mulanya dia seorang fasiq. Namanya terkenal dikalangan masyarakat bahawa dia seorang yang banyak mengerjakan maksiat.
Pada suatu hari berlaku suatu peristiwa, timbul kesedaran dalam hatinya ingin bertaubat. Dia hadir pada suatu majlis pengajian agama, dimana pada majlis itu pengajarnya ialah seorg tokoh terkenal, iaitu Hasan Bashri Rahimahullah (juga seorg Waliullah).

Hasan Bashri belum pernah melihat orang yang bernama Atabatul Ghulam, hanya mengenalinya sebagai seorg fasiq yang terkenal.
Dlm majlis pengajian tersebut, seorg peserta secara kebetulan mengemukakan satu soalan kepada gurunya:
“Hai guru kami, bagaimana jika seseorg sudah keterlaluan mengerjakan maksiat, apakah dosanya akan diampuni Tuhan?”
Hasan Bashri menjawab:
“Apabila penuh kesedaran dengan hati yang sungguh2, bertaubat menurut syarat2nya, maka Allah akan mengampuni dosanya, MESKIPUN SEPERTI ATABATUL GHULAM !”.

Alangkah terkejutnya Atabatul Ghulam ketika namanya disebut dan dianggap sebagai orang yang paling terkenal kefasiqannya.
Tetapi dalam hal ini membuat hati Atabatul Ghulam lebih menimbulkan rasa keinsafan ingin kembali kepada kebenaran dan sepenuh hati menyesali perbuatan dosa masa lampau yang dimurkai Allah. Dia pulang kerumah, bertaubat dan beribadat sambil mengucapkan DOA’ TERSEBUT DIATAS dengan hati yang penuh khusyu’ dan tawaddha’.
Rupa2nya doa’ Atabatul Ghulam terqabul dan diterima Allah. Akhirnya dia menjadi seorang yang sholeh dan merendah diri sehingga tergolong dikalangan salah seorang ‘WALIULLLAH’ SWT.

Marilah bersama kita bermuhasabah diri dan mengambil pengajaran dari kesah diatas.

Ya Allah! Ampunilah dosa2 kami dan dosa2 kedua ibubapa kami, dan peliharalah kami dari ‘azab neraka’
aamiiin ya Rabbal’aalamiin —

Comments are closed.

%d blogger menyukai ini: