DUNIA .

 

Hidup di dunia merantau

 

#Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu…….

#Pengajaran hadith:
(1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua barang-barang.
(2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa seola-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.
(3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.

#Maknanya, jangan sombong, jangan buat aniaya, jangan lupa diri, ingat mati & ingat hari tempat para perantau/musafir akan diperhitungkan untuk dihantar ke tempat permastautin secara kekal & abadi……

 

Jangan jual akhirat dengna dunia

 

~Sampaikan salam & pesanku~

Abu Umamah Al-Bahili r.a berkata:
“Takala Muhammad SAW diutus, lalu iblis mendatangkan tenteranya. Tentera itu lalu berkata: “Sesungguhnya telah diutus, seorang Nabi dan telah muncul suatu ummat.” Iblis itu bertanya: “Neraka itu mencintai dunia?” Tentera itu menjawab: “Ya”.
Lalu iblis menyambung: Jikalau benar mereka itu mencintai dunia, nescaya aku tidak hiraukan, bahawa mereka tidak menyembah berhala. Sesungguhnya aku akan datang kepada mereka, pagi dan petang, dengan tiga perkara:
(1) mengambil harta dari bukan haknya;
(2) membelanjakan harta pada bukan haknya; dan
(3) menahan harta dari haknya.
Dan semua kejahatan itu timbul dari yang tiga ini.”

 

kemudahaan

PESAN SAHABAT TENTANG 3 HAL

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Semoga jadi bahan renungan….??

Comments are closed.

%d blogger menyukai ini: