RENUNGAN

Waliyuloh

Cinta dunia takut mati

Dunia ini hanya sementara

 

# TIGA WALI ALLAH DENGAN TIGA PESANAN #

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

TIGA WALI ALLAH DENGAN TIGA PESANAN :

TIGA wali Allah terkenal selepas zaman Rasulullah meninggalkan pesanan dan peringatan kepada umat Islam mengenai cara terbaik menjalani kehidupan di dunia. Mereka ialah Abu Muhammad Royam, Al-Syibli dan Hasan al-Basri.

Pesanan Abu Muhammad Royam:

– Ingatlah bahwa Allah menjadikan manusia untuk memperhambakan diri kepada-Nya, bukan untuk tujuan lain.
– Semakin kaya orang itu, semakin jauh dia daripada Allah.
– Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah agar hati menjadi bersih.

Pesanan Al-Syibli:

– Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa melalui seribu halangan.
– Orang yang tidur satu jam pada waktu malam dengan melupakan Allah, adalah tertinggal seribu tahun ke belakang dalam perlumbaan kerohanian.
– Waktu sekarang yang sedang kamu lalui lebih berharga daripada seribu tahun lalu dan seribu tahun akan datang. Untuk itu jangan terpedaya dengan kebendaan.

PesananHasan al-Basri :

– Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan akhirat di atasnya adalah orang yang bijak.
– Kawan yang jahat suka merusakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah.
– Barang siapa yang terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina Allah.

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar Walahaulawala Quwwata illabilla hil ‘aliyil ‘azhim. Allahumma sholli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad. Astaghfirullahal ‘azhim wa atubu ilaih

Subhanaloh ,alhamdulilah , alloh huakbar lailahaileloh

Subhanalohwabihamdihi 100xYasin

PESANAN US HJ HASSAN ABDUL LATIFF…….

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Seumur Hidup AMALKAN Sekurang-kurangnya…

1. Al-Ikhlas – 70,000 kali

2.SUBHANALLAHIWABIHAMDIHI…SUBHANALLAHILAZZIM– 80,000 kali

3. SURAH AL-A’LA – Dalam Solat Witir SETIAP MALAM.

[ Dalam doa..”Ya Allah, Engkau suka Surah ini, Nabimu pun suka Surah ini ,aku pun suka surah ini..Ya Allah permudahkanlah aku menghafal dan mengamalkannya]

4. SURAH YASSIN

5. SURAH TABAROKAL LAzZI….

Nota: HAFALAN – Baca sekedar hafal dalam solat sunat. Amalkan berterusan..berterusan.

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akhbar
*Sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam yang bermaksud:

“Barang siapa yang bertasbih (Subahanallah) kepada Allah pada setiap akhir solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) kepada-Nya 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) 33 kali hingga genap 99 kali. Lalu untuk melengkapi jumlah yang ke 100 dia mengucapkan “Laa ila ha ilallah wah dahula Syarikalah lahul mulku walahulhamdu wahua a’la kulli shyin qadir”

yang bermaksud:

*Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah satu-satu-Nya (Tuhan yang) tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala kerajaan. Hanya milik-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,

*maka Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih di lautan.” –

(Hadis Sahih Muslim)

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar Walahaulawala Quwwata illabilla hil ‘aliyil ‘azhim. Allahumma sholli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad. Astaghfirullahal ‘azhim wa atubu ilaih.

Comments are closed.

%d blogger menyukai ini: