Ada hikmah yang sangat besar atas kehilangan Pesawat Boeing 777-200. Pesawat MAS MH370. By :Ummie El Noor

 

Pesawat

 

Ada hikmah yang sangat besar atas kehilangan Pesawat Boeing 777-200.
Pesawat MAS MH370.
Banyak iktibar atas kejadian ini. Innalillahi Wainnailaihi Rojiun .
Alhamdulillah , terselit banyak hikmah di dlmnya. Manusia kembali mengingati Tuhan masing2. Manakala org beriman kembali menghambakan diri mereka kepada Allah Subhanahuwa Ta’ala. Dan dibibir2 mereka hanya terlafaz Allah , Allah…. Hamba-Nya yang beriman mula belajar utk mengeluarkan kebesaran makhluk di dalam hati Dan mula belajar utk memasukkan KEBESARAN ALLAH Ke dalam hati masing – masing. Syukur Alhamdulillah.

Kalau boleh kita kongsikan kata2 dari seorang Da’ie :(Kapten Norudin Abdul Majid); (Former, Fleet Manager B777, MAS) yg juga Kapten yang melakukan “test drive” ketika MAS mula membeli pesawat B777-200 dlm tahun 2002.

*”Allah nak ingatkan kita bahawa dunia ini bukan milik kita. Dia yang menciptakan sains dan dia berkuasa ke atasnya. Allah berkuasa meletakkan manusia di mana sahaja.”

*”Di mana sains berakhir, di situ kekuasaan Allah bermula.”

Sains ialah sunnatullah/hukum alam ciptaan Allah. Alam ini berjalan mengikut hukum-hukum yang Allah sudah tetapkan seperti “Api itu panas”. Namun Allah sebagai pencipta berkuasa untuk melakukan sesuatu yang melangkau sunnatullah dan juga akal manusia.

Contoh kisah Nabi Ibrahim dibakar. Apinya tidak panas. Begitu juga yang berlaku hari ini. Teknologi digunakan untuk mencari ?#?MH370?. Secara hukum alamnya, pasti boleh dijumpai. Namun jika Allah katakan tidak, maka tidak siapa mampu melawan kehendak Allah.

Manusia hari ini taksub kepada sains sehingga lupa akan pencipta sains itu sendiri.

* “Allah memanggil para ‘hamba teknologi’ untuk kembali menjadi hamba Allah.”

*Hijab di antara alam teknologi dan alam ghaib.
Apa perlu dibuat?
Allah buntukan manusia dengan perkara ini.
Bila sains berakhir, bermulalah kudrat Allah, bersama orang beriman.
Allah bantu hanya pada orang yang yakin.
Apa yang ada di mulut, tapi tidak ada pada hati adalah palsu.
Allah yang beri ilham pada manusia untuk cipta pengangkutan.
Allah yang sebabkan kamu sampai.
Allah juga boleh tidak sampaikan kamu.
Allah janji, dengan sampainya kamu, disebabkan oleh rahmat Allah dan
bukannya kerana teknologi kamu.
Rahmat Allah untuk semua manusia kembali ke jalan asal, satukan hati.
Kembali kepada Pencipta dengan kerendahan diri.
Keluarga terdekat buat solat taubat, pujuk rayu pada Allah untuk
mohon bantuan.
*?#?pujukrayu? ?#?padaAllah? dengan ?#?sifatkehambaan? dan ?#?rendahhati? berserta ?#?airmata? ?#?keinsafan?….

MARILAH KITA SAMA2 BERISTIGHFAR MOHON KEAMPUNAN DARI ALLAH SUBHANAHUWA TA’ALA ATAS DOSA2 YG PERNAH KITA LAKUKAN.
::Surah Al-Hadiid ,juz 27 , surah 57 ayat 22 :
Terjemahan Ayat 22 , surah Al-Hadiid ; ” Tidak ada sesuatu kesusahan ( atau bala bencana ) yang ditimpakan di bumi , dan tidak juga yang menimpa diri kamu , melainkan telah sedia ada di dalam Kitab ( pengetahuan Kami ) sebelum Kami menjadikannya ; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”

::Tiap sesuatu Perkara ini telah Allah tetapkan di dalam Lauh Mahfudz 50,000 tahun sebelum Allah ciptakan segala sesuatu….

Comments are closed.

%d blogger menyukai ini: