SUDAHKAH ANDA BERSELAWAT HARI INI By : Mohammad Amin Hms

Sudahkah bershalawat hari ini

Sudahkah bershalawat hari ini Amiin

sholawat Amiin

 

SUDAHKAH ANDA BERSELAWAT HARI INI

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
SubhanAllah Alhamdulillah Allahu Akbar………..

Seorang murid bertanya kepada Syekh Ali Jumah: “Syekh, dalam buku Anda tertulis bahwa membaca selawat adalah satu-satunya ibadah yang pasti diterima oleh Allah. Apakah benar demikian? mohon penjelasannya.” Syekh Ali Jumah menjawab: “Ya, benar. Saya menulis demikian.

Berselawat nabi adalah amalan yang pasti diterima oleh Allah. Jika kamu bersedekah, dan kamu ingin dipuji, maka sedekahmu sia-sia. Begitu pula jika kamu solat kerana ingin diperhatikan manusia, solatmu tanpa pahala. Tapi jika kamu berselawat, walaupun kamu riya’, kamu tetap akan mendapatkan pahala, kerana selawat berhubungan dengan Nabi Allah yang Agung, yaitu Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku.

Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya?
Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi.
(Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu.
(Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad sahih.)

o Waktu Afdhal Berselawat
· Masa paling afdhal dituntut berselawat ialah:
· Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
· Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
· Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
· Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
· Di akhir qunut dalam solat.
· Di dalam solat jenazah.
· Ketika masuk dan keluar dari masjid.
· Setiap waktu pagi dan petang.
· Hari Khamis malam Jumaat.
· Sepanjang hari Jumaat.
· Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

[ Mohammad Amin Hms ]

Wa’alaikum sallam warohmatullahi wabarokatuh.
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar Walahaulawala Quwwata illabilla hil ‘aliyil ‘azhim. Allahumma sholli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad. Astaghfirullahal ‘azhim wa atubu ilaih.

Comments are closed.

%d blogger menyukai ini: