DZIKRULLAH

Dunia dzikir G+

 

DZIKRULLAH

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
SubhanAllah Alhamdulillah Allahu Akbar…..

Banyakkan Berzikir Boleh Menghidupkan Hati Dan Senantiasa Di Kasihi Allah.

Seorang pemuda bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah, sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak, tapi aku tak mampu melakukan seluruhnya. Beritahukanlah kepadaku nasihat apa yang dapat aku pegang teguh, nasihat yang singkat sehingga aku tidak mudah melupakannya.”
Rasulullah SAW menjawab, “Basahlah lidahmu selalu dengan zikrullah.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Terdapat 15 Kebaikan Zikir :

1. Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya
2. Zikir menyebabkan Allah redha
3. Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia
4. Zikir menggembirakan hati
5. Zikir menguatkan badan dan menenangkan sanubari
6. Zikir memurahkan rezeki
7. Zikir adalah sinaran hati dan muka
8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar
9. Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.
10. Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya
11. Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.
12. Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.
13. Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah
14. Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.
15. Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah ayat 152) “Fazkuruunii azkurkum” artinya; “kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, niscaya Aku ingat pula kepada mu”.

{ Abu Basyer }

Wa’alaikum sallam warohmatullahi wabarokatuh.
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar Walahaulawala Quwwata illabilla hil ‘aliyil ‘azhim. Allahumma sholli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad. Astaghfirullahal ‘azhim wa atubu ilaih.

Comments are closed.

%d blogger menyukai ini: