*** Tahajjud Cinta ***

 

Tahajud cinta

Tahajud sunnahku G+

Tahajud Purnama

Doa shalat tahajjud

 

*** Tahajjud Cinta ***

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
SubhanAllah Alhamdulillah Allahu Akbar…..

Bayangkan kita sedang berdialog dengan seseorang yang kedudukannya lebih tinggi dan lebih mulia dari kita. Bayangkan bahawa dia memiliki segalanya. Dia akan memberikan apa yang kita minta. Dia mau mendengar seluruh kata-kata kita. Dia itu amat pengasih, amat penyayang. Dia akan memberi pertolongan setiap kali kita memerlukan pertolongan. Dia tidak akan meninggalkan kita. Bayangkan bahawa kita sedang memerlukan cintanya, kasih sayangnya, perhatiannya dan pertolongannya. Tentu yang perlu kita lakukan adalah mendekatinya. Duduk dihadapannya. Kita akan memilih waktu yang tepat, kesempatan yang baik dan perkataan yang baik pula.
Maka demikian jugalah Tahajjud. Dalam keheningan malam solat Tahajjud dilaksanakan, apabila hanya suara cengkerik malam yang terdengar, apabila ramai orang semakin lelap dalam tidurnya, apabila di luar angin berhembus agak kencang membawa udara dingin, apabila sepi mencengkam – keadaan inilah yang paling baik, paling mulia dan paling tepat untuk kita gunakan berdialog secara langsung dengan Allah SWT melalui solat Tahajjud kita. Semasa inilah para malaikat-Nya turun, pintu langit terbuka dan semua perkataan kita akan sampai di hadapan-Nya. Inilah mengapa Tahajjud menjadi ibadah sunnah yang amat istimewa. Sungguh sayang jika terlepas menunaikannya!
Kau datang ketika duka dan bintang bercahaya tunjukku ke jalan syurga

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH SHALAT SUNNAH TAHAJUD SHALIH ( IN + AT )

Wa’alaikum sallam warohmatullahi wabarokatuh.
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar Walahaulawala Quwwata illabilla hil ‘aliyil ‘azhim. Allahumma sholli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad. Astaghfirullahal ‘azhim wa atubu ilaih.

{ Mohammad Amin Hms }

Comments are closed.

%d blogger menyukai ini: