Perahu Nabi NUH . By : Aji Yusop

 

Perahu nabi Nuh

 

Nabi Nuh a.s belum tahu banjir akan datang ketika baginda diperintahkan untuk membuat kapal besar dan diketawakan pula oleh kaumnya.

Nabi Ibrahim a.s belum tahu akan bahawa ada binatang sembelihan lain yang tersedia menggantikan Nabi Ismail a.s ketika pisau nyaris memenggal buah hatinya.

Nabi Musa a.s belum tahu laut akan terbelah saat dia diperintah memukul tongkatnya.

Rasulullah s.a.w pun belum tahu kalau Madinah adalah kota tersebarnya dakwah yang dibawanya saat baginda diperintahkan berhijrah.

Yang mereka tahu adalah bahawa mereka harus patuh kepada perintah Allah dan tanpa berhenti berharap yang terbaik. Ternyata di sebalik apa yang kita tak tahu, Allah telah menyiapkan ‘surprise’ saat kita menunaikan perintahNya. Biasanya tangan-tangan Allah bekerja di saat-saat terakhir dalam setiap usaha hambaNya.

So, never give up, make better for the best. Walaupun hasil yang kita usahakan jauh dari harapan malah lebih menyakitkan pula tu, jangan kita berkecil hati kerana Allah mencintai kita dengan cara-cara yang kita benci. Tetap bersangka baik kepada Allah walau apapun yang terjadi.

Allah berfirman,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

Al-Baqarah 2:216

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Comments are closed.

%d blogger menyukai ini: