Kelebihan Hari Jumaat . by ;Abu Basyer

Jumaat mubaraok mesjid

Jumaat dan keutamaan nya

 

Kelebihan Hari Jumaat .

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.”

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.”

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.”

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam , ” dan

“Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.”

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam antaranya adalah :

1. Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

2. Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan surah Al-Insan.

3. Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas

4. Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”. (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

5. “Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.”

6. “Mereka yang berdo’a dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.”

Marilah kita sama-sama kita menfaatkan hari Jumaat untuk kita mempertingkankan amal ibadah, berdoa dan berselawat kepada Nabi SAW. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam. Terdapat banyak pahala , ganjaran dan keistimewaan yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi SAW khusus untuk umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah SWT Semoga kita semua beroleh keberkataan dan sentiasa dirahmati Allah SWT dalam amalan soleh yang kita kerjakan.

Comments are closed.