JANJI SYAITAN KEPADA MANUSIA

 

Syetan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabatsss.

JANJI SYAITAN KEPADA MANUSIA

Syaitan bekerja menakutkan dan membimbangkan manusia, terutama berdepan persoalan rezeki, dengan hidup miskin dan susah.

Firman Allah….
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Surah Al-Baqarah:268)

Apabila syaitan membisikkan pada diri mu sesuatu perkara, maka hendaklah engkau berhati-hati kepadanya kerana ia akan menyuruhmu hanya yang jahat saja, dan hendaklah engkau mengatakan kepadanya: Apa yang engkau suruh aku lakukan itu, pada kenyataannya ialah semacam nasihat untuk aku mencapai keinginan hawa nafsuku, akan tetapi bagaimana aku dapat pastikan yang nasihatmu itu benar, padahal engkau sendiri tidak dapat menasihatkan dirimu dahulu?

Bagaimana aku boleh percaya dengan nasihat seorang musuh? Maka lebih baiklah engkau pergi saja dari sini! Sungguh kata-katamu itu tidak laku padaku!

Kemudian hendaklah engkau minta bantuan jiwamu, kerana syaitan itu selalu menghasut hawa nafsumu. Ketika itu hendaklah engkau membawa akalmu supaya berfungsi di dalam rumah pemikiran untuk dia meneliti akibat dosanya, moga-moga akan datang bantuan Allah dengan menurunkan taufiqNya, sehingga memperteguh tentera-tentera keazamannya untuk menghancurkan tentera-tentera hawa nafsu dan syahwat yang dihasut oleh syaitan tadi.

# Al-kisah #
Berkata Saiyaar, dan telah berbicara kepadaku Ja’far, berbicara kepadaku Tsabit Al-Bunani r.a. katanya:
Ada suatu berita yang sampai ke telingaku, bahwa Iblis telah menampakkan dirinya kepada Nabi Allah Yahya bin Zakariya a.s. dan dilihatnya Iblis itu ada membawa banyak cangkuk-cangkuk yang terbuat dari bermacam-macam benda, lalu berkata Yahya kepadanya:

Hai Iblis! Buat apa semua cangkuk-cangkuk ini yang aku lihat tergantung-gantung pada tubuhmu?

Jawab Iblis:

Inilah rupanya syahwat yang dengannya aku memancing anak Adam!

Kata Yahya lagi: Adakah di antaranya yang engkau sediakan untuk aku?

Jawab Iblis lagi: Nantilah apabila engkau rasa kenyang, aku akan pesongkanmu dari shalat, dan aku lalaikanmu dari zikir.

Kata Yahya seterusnya: Ada lagi yang lain?

Kata Iblis: Tidak ada, demi Allah.

Berkata lagi Yahya: Aku bersumpah tidak akan memenuhkan perutku dari makanan sama sekali.

Menjawab Iblis pula: Aku bersumpah tidak akan memecahkan rahasiaku kepada manusia Muslim lain kali!

Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil Adzim.
Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat.
Allahumma salli ala saidina Muhammadin wa ala ali Muhammad. —

Comments are closed.